Thursday, March 23, 2006

Tak inginkah kita kenali DIA?
(Satu Apresiasi Seorang Manusia Unggul)



Yang tidak mengenalinya memfitnah Dia
Yang tidak menyenanginya membenci Dia
Yang tidak mampu menyainginya mencemburui Dia
..Tapi..
Yang mengenalinya bersimpati dengan Dia
Yang memahaminya menyayangi Dia
Yang menemuinya merindui Dia

Siapa Dia?
Dialah yang satu

Dialah hamba
Dialah utusan
Dialah legenda
Dialah ahli fikir
Dialah penaung
Dialah penyampai
Dialah pembentuk
Dialah penasihat agung
Dialah pengatur strategi
Dialah pemimpin angkatan

Dia serba tau
Dia sentiasa memahami
Dia selamanya mengingati

Dialah teman yang setia
Dialah ayah yang pengasih
Dialah guru yang penyabar
Dialah abang yang memahami
Dialah kekasih yang penyayang
Dialah pasangan yang memuaskan
Dialah suami yang bertanggungjawab

Dialah Caesar dan Ayatollah disatukan
Tapi Dia Caesar tanpa bala tentera
Dan Dia Ayatollah tanpa negara
Dia tiada anugerah gelaran
Dia tiada pengawal peribadi
Dia tiada mahligai emas berlian
Dia tiada deretan orang gaji

Malahan Dia tiada pendapatan tetap
Tapi Dia tetap mendapat
Kerana dia layak diberi
Kerana dia memberi

Dia yang terpilih oleh Nya
Dia yang berkelebihan
Umpama namanya

Kenapa Dia?
Kerana dia adalah Dia
Tiada yang sama dengan Dia
Tiada yang dapat meniru Dia
Tiada yang boleh menyaingi Dia
Tiada yang mampu mengatasi Dia
Tiada yang bakal mengganti Dia

Dia memimpin tanpa pimpin
Dia memerintah tanpa perintah
Dia mempunyai kuasa tanpa perlu menggunakannya

3 Ciri yang mengunggulkan manusia ada pada Dia:
..Kemurnian matlamat yang Dia tujui
..Kesulitan mencapai apa yang Dia impi
..Kehebatan hasil yang Dia kecapi
3 Ciri Dia akan terus hidup selepas mati

Tokoh sejarah dunia mencipta senjata, undang2 dan empayar
Mereka mencipta kuasa materialistik yang sering musnah dalam jangkahayat sendiri
Tapi Dia...
Sampaiannya bukan saja menggegarkan kenalan, keluarga, masyarakat dan dunia
Tapi Dia juga menggoncangkan yang terkukuh
Anak bencikan ibubapa kerana pendedahannya
Adik beradik menjadi tak sehaluan kerana penyedarannya
Keluarga menjadi tak keruan kerana penyingkapannya
Perhubungan jadi berselesihan kerana sentuhannya

Kerana ...
Dia mengejutkan yang tidur
Dia menyedarkan yang mabuk
Dia mencerahkan yang kabur
Dia meluruskan yang bengkok

Dia mempertahankan hak yang tertindas
Dia menyelamatkan dari tersiksa
Dia mengawal yang tidak terkawal
Dia tidak pernah meninggikan suara
Dia tidak perlu guna kekerasan
Dia mengajar erti kasih sayang sesama manusia

Dia membuat undang2 yang teradil
Dia mengurus tugasan yang mustahil
Dia menyempurnakan amalan toleransi
Dia membentuk pemerintahan demokrasi

Dialah yang paling kaya bila tidak gunakan kemewahannya
Dialah yang paling berkuasa tanpa menggunakan kuasanya
Dialah yang paling berpengaruh hanya dengan kewujudannya
Dialah yang paling menenangkan hanya dengan pandangannya

Dialah penjenayah tanpa jenayah
Dialah perogol apa yang dianggap tabii
Dialah pencuri hati tanpa Dia sendiri sedari
Dialah nabi bagi yang telah dipesongkan
Dialah rasul bagi yang bebal gaya ortodox
Dialah diktator yang mengutamakan rakyat

Jika Dia artis... Dia yang paling tidak dikenali
Jika Dia penulis... Dia yang paling susah difahami
Jika Dia jurucakap... Dia yang paling memberi
Jika Dia jutawan... Dia yang paling tak diketahui
Dialah kontradixi

Dialah yang ekstrim tapi amat liberal
Dialah yang digeruni oleh pesaing
Dia juga yang dibuli oleh yang dikasihi
Dia memiliki kekerasan dalam kelembutannya
Dia menyembunyi kelembutan dengan kekerasannya
Dialah diktator yang boleh mengamankan dunia dengan kasihsayangnya
Dialah juga pencinta yang menakutkan dunia dengan kasihsayangnya

Ketika di nobat megah dan sewaktu di calar maruah.. Dia tetap tenang
Ketika di kemuncak kuasa dan sewaktu di lubuk terhina.. Dia tetap ceria
Ketika di julang gemilang dan sewaktu kekasihnya hilang.. Dia tetap serupa
Ketika di tawarkan kemewahan dan sewaktu dihimpit kepayahan.. Dia tetap sama

Dia tidak mendabik dada kesenangan hidupnya
Dia tidak mengheboh sedunia kemenangan perangnya

Caranya dikeji tapi dikagumi
Mindanya dicaci tapi dihormati
Fahamannya dibenci tapi diingini
Pengaruhnya dicemburui tapi disegani
Gaya hidupnya dihinai tapi ingin dirasai
Kekayaannya dicemuhi tapi ingin dikecapi

Dia tidak mahu dikenali
Dia tidak mahu diutamakan
Dia marah bila didewakan
Dia sedih bila diagungkan
Dia malu jika diheboh ketibaan
Dia segan bila digembar-gembur kekayaan

Kehidupannya mengamalkan kesederhanaan keterlaluan
Ajaran yang disampaikan boleh meleraikan pertelagahan
Prinsip kasihsayangnya menjangkau segenap lapisan

Dia meratakan yang berdarjat
Dia mengumpulkan yang berpuak
Dia menyatukan yang bertentangan
Dia mengamankan yang berperangan

Dia mengatur yang tak terurus
Dia mendisiplin yang kehaiwanan
Dia mengarahkan yang kesesatan
Dia menjadualkan yang berkecamuk

Dia mengubah penafsu jadi beriman
Dia mengubah pengguna jadi pengasih
Dia mengubah yang liar menjadi tenang
Dia mengubah yang pembenci menjadi penyayang

Dia mengubah tanggapan dari jijik menjadi mulia
Dia mengubah nasib dari malang menjadi bahagia
Dia mengubah minda yang sempit menjadi terbuka
Dia mengubah hati yang keras menjadi pencinta
Dia mendidik dari yang jahil dan buta menjadi faham dan celik
Dia mengajar dari yang tak berTuhan menjadi yang beriman

Dialah pembela nasib yang perlu dipertahankan
Dialah termanis dan paling dipersetujui dalam perbualan
Yang bertemu Dia merasa amat bertuah diketemukan
Yang dekat dengan Dia akan jatuh cinta tanpa kawalan
Mereka yang bertuah ini akan ucap satu persamaan:
"Tak pernah jumpa orang macam Dia"

Dia tidak suka bercakap banyak
Tapi bila Dia bersuara..
Dia tepat
Dia jitu
Dia betul
Dia membuka minda
Dia memaksa berfikir
Dia amat penuh bermakna
& kata2 Dia tak mungkin dapat dilupakan

Dia berdiri teguh di kala dunia mengeji
Dia mengajar erti kejujuran walaupun dibenci
Pendiriannya dipegang seutuh rukun hidup
Ajarannya dijadikan cara hidup seharian
Undang2nya diterimapakai kerana kesesuaiannya
Pengikutnya dihina kerana sanggup pertahankan maruahnya

Hanya yang mengaji yang menemui
Hanya yang merasai yang mengingini
Hanya yang mengerti yang menyetujui
Hanya yang mengetahui yang mengizini

Itulah DIA.
Tapi siapa Dia?
Ada yang salah sangka siapa Dia yang aku nukilkan...
Ada yang sangka aku memuji menyanjung Daddy Faka
...
macam mana kalau aku kata aku cuma memperkenalkan Nabi Muhammad (S.A.W).

Pelik tapi Benar?

Sekarang, baca lagi sekali...
sebab kali ni, aku sedang cerita perihal Daddy...


p.s:
bukan taksub
bukan sesat
bukan membesar2kan
bukan rekaan...
Cuma nak bagitau kenapa Daddy disanjung & dicintai FF & db.


This page is powered by Blogger. Isn't yours?